Hari ini, bekerja dari rumah sudah menjadi trend dalam masyarakat. Salah satu cabang pekerjaan tersebut ialah ghostwriter.
Siapa ghostwriter?
Ghostwriter adalah orang mengambil upah menulis tanpa kredit nama. Mereka akan menyiapkan hasil kerja mengikut skop yang dikehendaki oleh pelanggan. Meskipun nama mereka sebagai penulis asal tidak dikreditkan, itu tidaklah menjadi isu kerana ghostwriter sudah mendapat bayaran atas servis yang ditawarkan. Situasi menang-menang sudah berlaku di situ.
Di sini saya senaraikan 5 golongan yang perlukan ghostwriter bagi memudahkan urusan harian.
1. Founder Produk atau Pemilik Bisnes
Ghostwriter ditugaskan untuk membuat post konten pemilik bisnes di website, laman Facebook, Instagram dan Twitter. Sebagai pemilik bisnes, mereka tentu sibuk dengan urusan perniagaan. Jadi ghostwriter dapat memudahkan kesemua urusan tersebut.
Pentingnya iklan yang segar dan bermanfaat sebagai perantara kepada pengguna dari semasa ke semasa. Salah satu kaedah marketing yang dekat dengan pengguna adalah story-telling.
Nah, serahkan sahaja kepada kepakaran ghostwriter untuk tujuan ini.
2. Penceramah
Penceramah umumnya ada banyak sesi ceramah. Pendengar dan penonton tentu mahukan salinan buku atau e-book berkaitan topik yang disampaikan sebagai panduan.
Selain itu, ghostwriter boleh menyediakan sari kata untuk ceramah-ceramah tersebut. Ia amat membantu memudahkan isi syarahan sampai kepada pendengar. Secara tidak langsung, carian di Google akan meningkat dan lebih ramai pihak akan mendapat manfaatnya.
3. Pensyarah
Sekarang, banyak sesi pembelajaran yang perlu berlangsung secara online. Pensyarah boleh mendapatkan servis ghostwriter untuk bagi menyediakan sari kata untuk video yang dirakam atau memindahkan konten berkenaan ke bentuk teks.
Selain membantu sebagai nota kepada pelajar, isi video boleh dijadikan bahan untuk bab dalam buku, manuskrip yang disesuaikan untuk bacaan orang awam dan sebagainya.
4. Pelajar Pascasiswazah
Pelajar pascasiswazah yang membuat kajian secara kualitatif tentu ada banyak audio kajian. Di sini, penstranskrip berperanan membantu menjimatkan masa dan tenaga untuk memindahkan segala isi kajian kepada bentuk teks.
Sebagai pelajar sudah tentu anda terikat dengan deadline, ada banyak tugasan luar dan sebagainya. Gunakan sahaja khidmat ghostwriter untuk menjimatkan masa.
5. Artis dan Selebriti
Ini adalah golongan yang perlu menonjol dalam media sosial setiap hari. Ada aktiviti kemasyarakatan, sesi meet and greet, sesi bertemu peminat dan sebagainya. Di sinilah penulis konten boleh membantu, iaitu untuk mengemas kini maklumat terbaru buat tatapan umum.
Sebagai public figure, berita tentang mereka dinanti-nanti oleh follower di media sosial. Selain menggembirakan pengikut sedia ada, berita positif mereka akan menarik perhatian follower baharu, juga mendekatkan jarak selebriti dengan masyarakat.
6. Ahli politik dan Orang Kenamaan
Siapakah mereka di mata rakyat tentulah sangat penting dan bermakna. Umum mahu tahu rahsia kejayaan, misi serta cerita jatuh bangun yang berlaku tetapi tidak pernah diceritakan sebelum mencapai tahap sekarang.
Kisah sejarah hidup, pengalaman yang dilalui sepanjang mereka membesar, suka-duka sebelum bergelar orang kenamaan – ghostwriter boleh membantu abadikan kesemuanya dalam sebuah buku.
7. Anda yang Tidak Tahu Menulis
Tidak ada sesiapa yang mahir dalam semua perkara. Justeru, berikan sahaja isi atau idea yang anda ingin sampaikan kepada umum kepada penulis konten melalui rakaman suara atau tulisan ringkas. Mereka akan tukar semua idea ini kepada manuskrip dalam bahasa yang menarik, sesuai dengan laras anda dan boleh difahami oleh orang awam. Mudah kan? Maka, berhentilah pening kepala dan capai impian anda mahu ada buku sendiri pada hari ini.
Jika anda tergolong dalam senarai di atas, hubungi sahaja kami di TA Resources. Kami ada kepakaran dalam menyediakan manuskrip, menulis artikel, membuat transkripsi, menterjemah dan mengurus media sosial.
Kami janjikan servis yang terbaik. Anda pasti berpuas hari dengan hasilnya.