Tentang Kami

TA RESOURCES (S A 0 5 4 4 8 6 2 – T) telah ditubuhkan pada Mac 2020. Setakat ini, TA RESOURCES mempunyai sembilan ghostwriter.

Siti Rahmah Binti Mokhtaruddin
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia (UKM)

Berpengalaman sebagai penulis buku dan e-buku sejak 2010 dengan nama pena Rahmah Mokhtar. Editor teks bagi rumah penerbitan seperti Nuun Creative Books dan Kasi Terbit sejak 2004.

Ghostwriter, penterjemah dan pentranskrip untuk klien perseorangan dan syarikat seperti Rock Herb Industri Sdn Bhd dan Dropship Kartel. Aktif melakukan kerja-kerja transkripsi untuk saluran YouTube, temu bual dan sebagainya. Juga menjadi freelance transcriber  untuk syarikat seperti QA World dan Scribie.

Selain itu, berpengalaman menyunting dan membuat pruf tesis, artikel dan laporan penyelidikan.

Nor Zafirah binti Badian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (UTP)

Pernah bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris selama dua tahun. Kini, penulis upahan dan transkriptor sepenuh masa. 

Setakat ini, telah berjaya menghasilkan lima buah manuskrip buku atas jenama ghostwriter yang memfokuskan bidang bisnes, kewangan dan pelaburan. Aktif menulis artikel dan ayat jualan untuk klien perseorangan dan juga syarikat.

Selain kemahiran menulis, turut memiliki kemahiran perisian grafik seperti Adobe InDesign yang penting dalam penataan halaman buku. 

Suka berlari, kucing dan pastinya buku!

SITI MARYAM BINTI ISMAIL IJAZAH SARJANA QURAN & SUNNAH (UIAM)

Berpengalaman sebagai penulis siluman sejak November 2019.

Bermula dengan mengurus Instagram klien niche produk kesihatan bayi. Juga menjadi penulis konten untuk syarikat percetakan AdiZu Creative pada Disember 2019.

Mula menjadi pengurus laman Instagram dan Facebook Page syarikat sejak Januari 2020.

Asmah Hashim
NOVELIS

Penulis novel dan cerpen sejak 1999 dengan nama pena Asmah Hashim. Setakat ini telah berjaya menulis lima buku dewasa yang diterbitkan Alaf 21 dan DBP, berbelas buah antologi cerpen, satu novel remaja dan tiga antologi cerpen kanak-kanak.

Turut berpengalaman menyunting dan menyelenggara beberapa buah antologi cerpen terbitan DBP dan swaterbit.

Masih aktif menulis dan kini melebarkan minat dalam dunia transkripsi di TA Resources.

Selain menulis, sangat suka memasak dan mengait.

Haryanti Yahaya
Ijazah Sarjana Pengurusan Kejuruteraan (UPM)

Bermula dengan menulis cerpen dan artikel pada tahun 2013 dan mengembangkan pengalaman dalam bidang penterjemahan, suntingan, bacaan pruf dan ghostwriting sejak 2017.

Sehingga kini sudah menterjemahkan lebih 12 buah buku Bahasa Inggeris dan Indonesia pelbagai genre seperti sejarah, agama, hartanah, motivasi, psikologi, keibubapaan dan lain-lain.

Kini turut menjadi pentanskrip, penterjemah dan editor di TA Resources.

Siti Khadijah Mokhtaruddin
IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KEPUJIAN), UiTM

Terjun ke dalam dunia ghostwriting sejak Mac 2020 sebagai pentranskrip dan penulis artikel.

Berpengalaman mentranskrip audio bagi pelajar PhD, tokoh-tokoh bisnes dan selebriti Malaysia. Juga mahir dalam menyediakan sari kata bagi video untuk klien persendirian.

Minat menyulam dan memiliki perniagaan sulaman sendiri.

Aziha Aziz
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (MMU)

Memiliki latar belakang dalam bidang korporat selama lebih 10 tahun. Turut berpengalaman dalam dunia pemasaran sebagai digital marketer dan copywriter.

Kini melibatkan diri dalam dunia ghostwriting di TA Resources sebagai penulis artikel dan pengurus media sosial. Juga mahir dalam bidang penterjemahan bagi set Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris.

IFZANOR BINTI MOHD SHARIF
DIPLOMA KEWARTAWANAN (KOLEJ MIIM)

Menceburkan diri dalam bidang penulisan bermula 2008. Ada sebanyak 11 buah novel yang terhasil dengan beberapa syarikat penerbitan.

Selain itu, turut bergelar ghostwriter dan membuat transkrip mengikut permintaan klien.

Terkini melebarkan sayap dengan menyediakan servis PMS (Pengurus Media Sosial) bagi melancarkan urusan para pemilik bisnes.

JAMALIAH BINTI MOKHTARUDDIN
IJAZAH SARJANA SAINS - MATEMATIK (UM)

Menguruskan perniagaan kerongsang sulam Swarovski secara dalam talian sejak 2009. Berperanan sebagai pentranskrip dan penterjemah secara separuh masa di TA Resources.

Suka menyulam, mengambil gambar dan menulis.

Juga, berpengalaman menghasilkan poster untuk konten Instagram menggunakan aplikasi Snapseed, Picsart dan Canva.