5 Perkara Penting Mengenai Kerjaya Pentranskrip

Siapakah pentranskrip?

Pentranskrip berperanan menulis semula ucapan atau percakapan orang lain ke bentuk teks. Anda berminat menceburi bidang ini? Mari kita kenal dan faham terlebih dahulu lima perkara penting mengenai kerjaya pentranskrip.

1. Audio

Perkara penting yang pertama – audio. Ini elemen utama dalam setiap job yang diterima. Ada dua jenis transkrip iaitu transkrip verbatim dan transkrip bersih.

Transkrip verbatim bermaksud pentranskrip perlu menyalin kata demi kata sepenuhnya. Contohnya dalam teks temu bual. Semua ekspresi seperti ketawa dan menangis harus disalin, termasuklah ayat yang berulang.

Seterusnya ialah transkrip bersih. Sebagai contoh, teks untuk kajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah ataupun jurnal perubatan. Klien perlukan servis untuk mencantas perkataan yang tidak sesuai dimasukkan dalam teks. Contohnya perkataan kitorang ditukar kepada kami, diorang ditukar kepada mereka dan sebagainya. Ayat-ayat yang tidak sedap juga dimurnikan.

Skop kerja ini nampak seperti mudah, namun apabila kualiti audio tidak cantik, proses menjadi kurang lancar. Ada kalanya audio yang tidak jelas menyebabkan pentranskrip mengambil lebih masa untuk memahami kandungannya. Salah satu cara yang membantu adalah menggunakan headphone yang sesuai bagi mendengar audio dengan lebih jelas.

2. Format

Faktor penting yang kedua sebagai pentranskrip adalah menyalin teks dalam format khusus. Di TA, kami menggunakan font Times New Roman, saiz 12, langkau 2 baris. Sekiranya

Timestamp juga dimasukkan dalam teks transkrip mengikut keperluan. Sekiranya tidak jelas apa yang dibicarakan, pentranskrip boleh menandakan bahagian berkenaan berserta timestamp bagi memudahkan klien menyemak semula kandungan tersebut.

Jika ada lebih daripada seorang penyampai, letakkan nama yang sesuai mengikut kehendak klien.

3. Kemahiran Bahasa

Perkara penting yang ketiga untuk pentranskrip bahasa Melayu ialah kemahiran bahasa. Teks yang ditranskrip perlu dipastikan betul dari sudut ejaan, tatabahasa dan juga struktur ayat.

Laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan platform Pusat Rujukan Persuratan Melayu atau PRPM untuk memudahkan pentranskrip menyemak ejaan perkataan atau frasa yang digunakan ketika mentranskrip. Selain itu, kamus Dewan Bahasa juga boleh dijadikan teman baik pentranskrip untuk meminimumkan kesilapan. Di sinilah pentrankrip menggunakan kemahiran bahasa untuk meletakkan tanda bacaan seperti koma, noktah dan tanda soal di tempat yang betul.

4. Deadline

Deadline – perkara penting yang keempat untuk pentranskrip. Kebiasaannya, klien akan memberikan tempoh untuk pentranskrip menyiapkan hasil akhir sebelum dihantar. Pentranskrip perlu membahagikan masa sebaik mungkin dan siapkan kerja supaya mematuhi deadline.

Bagi klien dari kalangan pelajar PhD, transkrip yang baik akan membantu memudahkan perjalanan kajian mereka. Hasil kajian mudah diekstrak dan dirumuskan.

5. Kemahiran Mencari Maklumat

Satu lagi kemahiran yang penting untuk pentranskrip adalah kemahiran mencari maklumat yang berkaitan. Contohnya jika audio yang diberikan adalah berkenaan kajian perubatan, sudah tentu kita perlukan sedikit kajian supaya maklumat yang disalin tidak tersasar daripada maksud asal yang diucapkan.


Kesimpulannya, kesungguhan adalah faktor kritikal setiap pekerjaan yang dilakukan. Kerja adalah ibadah, maka kita usaha berikan yang terbaik dalam setiap job yang diperoleh.

Kualiti kerja amat penting sekiranya mahu terus berjaya sebagai Malay transcriber di Malaysia. Trend ekonomi gig memberikan kebebasan kepada pentranskrip bekerja secara fleksibel tanpa terikat kepada waktu pejabat.

Menarik, bukan?