5 Sebab Anda Perlu Mengupah Ghostwriter

Sepertimana ada orang yang tidak pandai bercakap depan kamera, begitulah juga ada yang mahir menyampaikan idea dalam bentuk tulisan. Walaupun sudah sediakan draf idea, kualiti hasilnya tetap tidak memuaskan. Selalu sahaja ada rasa tidak cukup di sana sini. Atau rasa ayat tak cukup sedap untuk dibaca.

Idea yang apabila disampaikan secara bertulis langsung tidak sampai ke hati pembaca, bukankah ia hanya membuang masa dan menjatuhkan kredibiliti anda sendiri?

Di sini saya senaraikan LIMA sebab anda perlu mengupah ghostwriter untuk menulis konten:

1. Jimat Masa

Mengupah ghostwriter dapat menjimatkan masa anda. Apatah lagi jika anda seorang eksekutif, tentulah ada sangat banyak perkara yang menuntut komitmen dan perhatian. Banyak tugasan yang menanti untuk difikirkan dan diselesaikan.

Jika anda perlu mengambil 20 minit hanya untuk menulis 100 perkataan dalam e-mel, bayangkan berapa lama anda perlu untuk menulis 1,000 perkataan untk artikel blog atau majalah?

Maka, alihkan tanggungjawab menghasilkan konten itu kepada orang yang lebih mahir iaitu penulis konten. Kemudian, gunakan masa anda untuk tugasan-tugasan lain yang menimbun itu.

2. Anda Perlu Editor

Sebagai eksekutif, tentulah anda memantau juga prestasi dan hasil pekerja di bawah anda. Ini disebabkan anda mahir dalam apa yang anda buat dan anda tahu apa yang diperlukan dan diinginkan daripada mereka.

Tetapi apabila anda menulis konten yang anda juga tidak mahir, siapa yang akan semak kerja-kerja itu? Siapa yang akan kata hasil akhir anda tidak cukup bagus? Sebab itu ada perkataan yang tidak sesuai atau emosi yang ‘tidak sampai’ apabila dibaca.

Draf yang anda habiskan 24 jam untuk menulisnya itu, perlukan suntingan. Tukar beberapa ayat dan olahan, atau betulkan typo di sana sini. Boleh jadi juga ada istilah yang tidak sesuai dengan maksud yang perlu dikeluarkan. Atau ada idea yang terputus, tiada kesinambungan atau tidak lancar alirannya antara perenggan.

Tak ada masalah. Sepertimana anda mahir membetulkan kerja anak buah, begitu jugalah yang anda perlu dengan draf anda supaya ia menjadi konten yang sedap dibaca.

3. Ghostwriter adalah Penulis Profesional

Menulis adalah kerjaya walaupun banyak syarikat tidak mengupah orang yang khusus untuk kerja-kerja copywrite dan suntingan.

Sebab itu, mengupah ghostwriter membolehkan ‘suara’ dan idea anda disampaikan melalui tulisan dengan lebih baik. Bayangkan apabila mereka menjadi orang yang menulis surat rayuan untuk permohonan pinjaman anda?

Atau jika mereka yang menulis surat permohonan anda untuk penempatan latihan, mendapatkan bantuan kewangan, surat sokongan dan sebagainya? Tentulah hasilnya tidak sama.

Begitu juga, apabila anda mahu meningkatkan kesedaran mengenai produk. Serahkan sahaja tugas menulis artikel berkaitan produk atau servis anda kepada mereka. Bukan sahaja satu, anda boleh minta harga pakej untuk banyak artikel terus!

4. Cepatkan Kerja

Ceritanya mudah. Daripada anda habiskan masa untuk tulis dan menerbitkan satu hantaran atau artikel berkualiti, mengupah ghostwriter akan mempercepatkan proses ini.

Sebagai ketua, tugas anda menguruskan syarikat dan seorang ghostwriter peranannya adalah menulis.

Disebabkan ia bukan kerja yang termasuk dalam kategori segera, maka hal penulisan konten ini selalu diletakkan paling hujung dalam jadual seorang profesional atau eksekutif.

Walaupun diletakkan di hujung jadual, tugas kecil itu akhirnya mengambil masa yang sangat lama.

Tak kena, kan?

5. Konten Ghostwriter Tulen

Ada yang bertanya, apabila ambil ghostwriter adakah akan ada isu dengan hasilnya? Adakah konten itu tak tulen kerana bukan suara sebenar tokohnya? Atau akan ada isu penyampaiannya tak sama dengan yang anda selalu dengar secara lisan.

Tidak dinafikan, ia boleh berlaku khususnya apabila sesebuah syarikat atau individu kerap menukar penulisnya. Selalunya fan akan boleh teka, ada yang tak kena.

Sebaliknya ghostwriter yang bereputasi akan bekerja rapat dengan klien bagi mengenal pasti suara, gaya serta visi mereka, seterusnya menggabungkan faktor itu ke dalam tulisan.

Bagaimana hal ini boleh dibuat? Pertama, idea seorang ketua dirakam dan ditranskrip, kemudian ghostwriter bertanggungjawab menyampaikan semula idea itu secara jitu dan koheren.

Sepertimana seorang CEO menyerahkan tugasan kepada staf yang pakar dalam bidang tertentu, begitulah juga prinsipnya dengan ghostwriter. Pindahkan tugas itu kepada penulis profesional yang mahir dalam bidang mereka.


Tahukah anda ada banyak kategori tugasan yang boleh dilakukan oleh penulis konten? Antaranya, anda boleh mengupah ghostwriter untuk tugasan seperti penulis tetamu untuk pihak ketiga, atau blog jenama.

Atau, anda boleh juga mengupah ghostwriter untuk menulis artikel-artikel yang mendidik pengguna (kempen awareness), newsletter mahupun hantaran di media sosial (LinkedIn, Facebook, Instagram, dll).

Atas sebab itu, situasi tidak mahir menyampaikan idea dalam bentuk tulisan itu bukan sesuatu yang perlu dirisaukan. Setiap orang ada kekuatan tersendiri.

Perlu bantuan? Hubungi TA hari ini.