Laluan Kerjaya Pengurus Media Sosial: Tip dan Tugas

Mengurus media sosial ada banyak cabaran dan tugas. Maka, ramai pemilik bisnes mengambil keputusan untuk mengupah Pengurus Media Sosial agar pemasaran media sosial mereka menjadi lebih berkesan. Konten lebih tersusun dan lebih kerap dihidangkan kepada audiens sasaran, menjadikan proses membina nama menjadi lebih teratur dan mudah.

Siapa Pengurus Media Sosial?

Pengurus Media Sosial adalah pihak yang menguruskan media sosial pihak lain dengan keizinan dan bayaran. Mereka mempunyai pelbagai tanggungjawab, bergantung kepada kemahiran dan saiz tenaga kerja.

Pada kebiasaannya, Tim Pengurus Media Sosial yang kecil hanya akan berurusan dengan klien perseorangan dan lebih kepada menghasilkan konten, ayat-ayat iklan, menyunting gambar dan juga video. Bagi Tim Pengurus Media Sosial yang besar pula, mereka menawarkan servis kepada agensi-agensi, syarikat dan tim profesional.

Tidak kiralah sama ada tim kita kecil atau besar, yang pastinya tugas Pengurus Media Sosial sangatlah mencabar!

“Apabila orang menyebut tugas Pengurus Media Sosial, apa yang ada dalam minda mereka adalah kami perlu menulis konten, membuat strategi, menganalisis, mereka grafik, melayan komen, mengedit video dan bermacam-macam lagi.”

Ciapan Twitter Work Social They Said

Apa Tugas Pengurus Media Sosial?

  • Membina kalendar dan jadual konten.
  • Mengurus audiens/komuniti seperti membalas komen dan mesej.
  • Menjiwai dan “melakonkan” watak pemilik media sosial media tersebut dengan memastikan konten-konten yang disediakan bersesuaian dengan personaliti pemilik akaun.
  • Merangka pelan berkempen untuk tujuan pemasaran. Contohnya pelancaran produk, rebranding, awareness campaign, contest dan sebagainya.
  • Menyediakan teks/briefing untuk diberikan kepada agensi-agensi, pereka grafik, penulis iklan dan sebagainya.
  • Memilih influencer yang berpotensi dalam membuat kempen dan sentiasa berhubung (engage) dengan posting mereka di media sosial.
  • Menyediakan laporan kempen pemasaran dan sponsorship.
  • Mengenal pasti hashtag yang trending.
  • Mengkaji konten-konten terdahulu dan feedback orang ramai.
  • Menimba ilmu supaya up-to-date dengan perubahan algoritma media sosial.

Jadual Harian Pengurus Media Sosial

Kebiasaannya, rutin harian Pengurus Media Sosial dipenuhi dengan menulis konten, meeting, membalas komen dan mesej audiens serta lain-lain yang berkaitan dengan media sosial.

Contoh jadual harian Pengurus Media Sosial

9 pagi – 10 pagi

Menyemak dan membalas emel.

10 pagi – 12 tengah hari

Memulakan kerja (membuat draf konten, membina jadual konten dan sebagainya.)

2 petang – 3 petang

Meeting bersama ahli tim dan klien.

3.30 petang – 4.30 petang

Menganalisis keputusan meeting dan menulis laporan.

4.30 petang – 5.00 petang

Membaca artikel, blog dan menonton webinar dan Ted Talk.

5.00 petang

Menyusun jadual untuk hari berikutnya.

Waktu malam adalah waktu berehat bersama keluarga.

Langkah Pertama Menjadi Pengurus Media Sosial

Ada pelbagai cara untuk mempelajari kemahiran mengurus media sosial dan ada beberapa konsep yang perlu difahami.

Di mana nak belajar?

Kelas Online

Belajar ilmu asas pemasaran di media sosial. Hadam yang asas dahulu kemudian barulah ambil kelas advance.

Sijil

Sertai kelas yang menyediakan sijil. Kebiasaannya kelas sebegini menyediakan ilmu yang lebih mendalam berbanding kelas-kelas biasa. Yang paling penting, mereka juga ada menyediakan training dan peserta perlu membuat praktikal di dalam kelas (ad-hoc). Tujuannya supaya peserta bersedia untuk menerima job dan tugasan pada kemudian hari.

Bootcamps/Training programs

Peserta akan dilatih untuk menjadi Pengurus Media Sosial. Kebiasaannya mengambil masa selama 3 hingga 6 bulan.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Pengurus Media Sosial, sediakan resume yang bagus dan lengkap. Jangan lupa highlight kemahiran dan pengalaman anda.


Orang bisnes bijak dalam menguruskan perniagaan.

Orang bisnes pandai mendelegasikan kerja.

Anda buat bisnes dari rumah?
Anda ada company besar dan mempunyai tim yang ramai?
Atau … anda mempunyai kerja hakiki dan pada masa yang sama buat bisnes?

Pasti anda sibuk dan tidak ada masa.

Jadi, anda perlu bantuan untuk sediakan konten? Hubungi TA dan kami akan bantu anda menjimatkan masa, cepatkan kerja dan pastinya menyediakan konten tulen.