KHAS UNTUK PELAJAR PHD KAEDAH KUALITATIF


Kami menyediakan servis tukar audio temu bual kepada teks (transkripsi) yang anda pasti akan puas hati.
Servis yang cepat dengan kualiti yang dijamin.

Kami faham, kajian kualitatif memerlukan anda banyak bersabar.

Selepas temu bual dengan responden bagi mendapatkan maklumat, anda perlu tukarkan isi temu bual ke bentuk teks pula.

Mahu buat ala kadar, proses ini bukan benda kecil. Ini kerja penting bagi memastikan kajian anda tepat dan tidak ada keciciran maklumat berlaku.

Juga, lebih mudah untuk anda membuat semakan fakta apabila ada data bertulis. 

Proses mainkan audio berulang kali hanya untuk mencari maklumat pada bahagian tertentu sangat melecehkan.

Keciciran Maklumat

Susah Buat Rujukan

Bazir Masa

Sakit telinga dengar audio sama banyak kali.


Sebagai penyelidik,
masa anda begitu berharga.

Masa dan tenaga anda lebih mustahak untuk digunakan bagi mencari maklumat dan melakukan analisis.

Tugas-tugas seperti menaip semula isi temu bual serahkan sahaja kepada pentranskrip profesional.


TA Resources
Solusi Terbaik Anda

Pasukan Pentranskrip Profesional

Pasukan pentranskrip kami telah menjalani pelbagai kursus dan ujian transkripsi.

Maka, transkripsi yang kami sediakan adalah mengikut standard yang diterima.

Servis Yang Pantas

Turn-around-time (TAT) atau tempoh transkripsi siap bagi audio kurang daripada enam jam hanya mengambil masa dari 2 ke 7 hari.

Dibandingkan dengan mentranskrip sendiri, audio enam jam boleh mengambil masa dua minggu dan ada ketika sampai berbulan-bulan.

Editor Dalaman

Kami mempunyai editor dalaman yang berpengalaman dalam menyunting naskhah untuk rumah-rumah penerbitan serta membuat pruf tesis.

Juga, kami ada editor akademik dengan tauliah ITBM.

Jadi, anda akan menerima dokumen dengan kualiti suntingan yang baik.

Menerima Audio Dwibahasa

Anda tidak perlu risau sekiranya audio banyak menggunakan bahasa campuran kerana tim pentranskrip kami juga terdiri daripada penterjemah bertauliah.

Masalah “silap perkataan” atau ejaan bagi transkripsi bahasa Inggeris sama sekali tidak akan berlaku.

Apa Kata Klien Kami?

Selain mentranskrip untuk pelajar PhD dari pelbagai bidang kajian, kami juga sering bekerjasama dengan agensi kerajaan, wartawan, penyelidik, tokoh-tokoh bisnes dan syarikat media.

Cik Mal

GHOSTWRITER/CONTENT WRITER,
WHITE TAFFY STUDIO

“Saya sering outsource kerja transkrip kepada Tim TA. Kerja mereka sangat pantas.

Tengah malam tadi, saya terima transkrip sepanjang 18 muka surat. 

Hari ini, selesai bersarapan, saya mula baca teks transkrip tersebut dan dalam 10 minit sahaja saya dah dapat apa yang saya perlukan.

Lega, tak perlu spend masa 1 jam untuk mendengar audio asal. Saya jimat masa dengan cara outsource tugasan. Masa yang saya jimatkan, saya gunakan untuk kerja lain pula.”

Ali Imran

WARTAWAN, PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA

Sebagai wartawan untuk Meja Rencana, saya menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan banyak tugasan dalam tempoh yang segera.

Banyak masa dihabiskan untuk membuat transkrip temu bual. Ada masanya sehari suntuk dihabiskan untuk buat transkrip sahaja.

Dengan menggunakan perkhidmatan transkriptor, saya dapat meningkatkan kecekapan kerja. 

Otak saya lebih fokus membuat analisa, mencipta jalan penulisan yang efisyen dan yang paling penting – hati saya gembira!

Hafiz Latiff

PENGGIAT INDUSTRI KANDUNGAN & AKTIVIS BUKU

Tugas pentranskrip mengalih audio kepada teks bukan hanya setakat menyalin semula.

Apa yang lebih utama, bagaimana seorang pentranskrip mampu menjadi ‘pendengar yang setia’ seterusnya menyalin kata-kata dan menzahirkannya dalam ayat yang lebih tersusun serta teratur? 

Menjawab persoalan ini, itulah kelebihan yang ada pada pasukan TA Resources.

Apakah Pakej Yang Kami Tawarkan?

Bagi transkripsi audio/video kajian PhD, kami hanya akan menawarkan pakej transkripsi format non-verbatim, iaitu kata pengisi, pengulangan, false start dan konten tidak berkaitan topik dibersihkan daripada transkrip. 

*Penting: Harga berikut hanya tertakluk untuk kualiti audio/video yang jelas.

Pakej Sil: Transkrip & Sunting

  • Servis transkrip audio atau video, mengikut perkataan yang disebutkan.
  • Skrip akan disunting – kata pengisi, perkataan berulang, false start, konten tidak berkaitan dikeluarkan.
  • Harga bermula daripada *RM180.00 per jam audio.

Pakej Lahan: Transkrip & Murnikan

  • Servis transkrip audio atau video, mengikut perkataan yang disebutkan.
  • Kata pengisi, bunyi latar dan bahasa pasar akan dibersihkan daripada transkrip.

  • Selain itu, manuskrip juga akan disunting supaya ada laras bahasa buku.

  • Harga bermula *RM450.00 per jam audio

Tawaran Ini untuk Pelajar PhD Sahaja.

Mudahkan kerja mentranskrip dengan TA Resources