Cuba fikir, ada tak kenalan anda yang tidak mempunyai walaupun satu media sosial?
Saya yakin, jawapannya, hampir tak ada!
Hal ini kerana manusia ialah makhluk sosial. Seseorang mesti paling tidak mempunyai satu akaun media sosial seperti Facebook untuk berinteraksi dengan dunia luar. Interaksi ini boleh jadi untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan, berbagi ilmu kepada masyarakat atau berniaga. Setiap orang ada tujuannya sendiri.
Sekiranya anda mahu menggunakan media sosial sebagai saluran untuk membina branding diri mahupun syarikat, baca artikel ini sehingga habis.
Apa itu Pemasaran Media Sosial?
Pemasaran Media Sosial atau Social Media Marketing adalah tindakan menghasilkan konten di Facebook, Instagram dan lain-lain media sosial sebagai salah satu kaedah mempromosi diri atau produk.

Konten yang dihasilkan mesti bersesuaian dengan platform yang dipilih bagi memastikan tujuan tercapai. Ada orang, tujuannya untuk meningkatkan hasil jualan (conversion). Ada pula yang mahu membina kesedaran terhadap jenama (brand awareness).
Tidak kiralah apa tujuannya, konten yang dihasilkan perlu BERKUALITI.
Adakah Pemasaran Media Sosial Masih Relevan?
Pada awal artikel, saya telah nyatakan bahawa pengguna media sosial ini ramai. Maka, pemasaran jenis ini masih relevan. Di sini, saya lampirkan statistik yang menunjukkan jumlah pengguna media sosial utama.
Jumlah Pengguna: 1.93 bilion pengguna aktif di seluruh dunia (harian)
Pengguna daripada Generasi X (lahir pada tahun 1965 – 1980) dan Generasi Y (lahir pada 1980 – 1995).
Jumlah Pengguna: 330 juta pengguna aktif di seluruh dunia (bulanan)
Majoriti pengguna daripada Generasi Y (lahir pada 1980 – 1995).
Jumlah Pengguna: 800 juta pengguna aktif di seluruh dunia (bulanan) pada 2018 dan jumlah ini meningkat saban tahun.
Pengguna berumur 25 ke 34 tahun.
Manfaat Menghasilkan Konten di Media Sosial
Baik, kita beralih pula kepada manfaat menghasilkan konten di media sosial.
1. Meningkatkan kesedaran jenama (brand awareness)
Jenama yang dimaksudkan di sini tidak terhad kepada jenama bisnes semata-mata. Ia juga dapat ditafsirkan sebagai jenama diri atau lebih dikenali sebagai personal branding.
Dengan menghasilkan konten yang berkualiti di media sosial, jenama yang ingin kita tonjolkan akan lebih mudah dikenali dan diingati oleh audiens. Hal ini kerana pengguna lain dapat berinteraksi secara langsung dengan pencipta konten. Mereka boleh komen, like dan kongsi konten yang disukai.
Saya ambil Cikgu Fadhli sebagai contoh. Beliau menggunakan platform Facebook sebagai tempat untuk membina personal branding dan telah berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan.

Dari sini, kita dapat lihat betapa konten yang berkualiti dan memberi manfaat sangat penting untuk menarik perhatian ramai.
2. Meningkatkan jualan
Ramai orang menggunakan media sosial untuk menjual. Ada yang menjual produk sendiri secara langsung dan ada pula yang menjadi affiliate kepada produk-produk tertentu.
Kunci untuk meningkatkan jualan adalah mencipta kepercayaan pengguna lain dengan menghasilkan konten yang berkualiti secara konsisten.
3. Berinteraksi dengan orang awam
Media sosial adaalah platform yang tepat untuk berinteraksi secara langsung dengan pengguna lain. Sekiranya anda menggunakan media sosial untuk berjualan mahupun mencipta kesedaran, sangat penting untuk ambil tahu pendapat dan kritikan pengguna lain terhadap konten yang dihasilkan. Tujuannya, supaya anda dapat menambah baik konten yang akan dihasilkan.

Bagi mendapatkan kesemua manfaat yang dikongsikan tadi, anda mestilah KONSISTEN menghasilkan konten yang BERKUALITI.
Ingat, pemasaran adalah gerak kerja berterusan. Jika ingin mengukuhkan jenama, anda tidak boleh ‘cuti’ daripada berkongsi konten yang bermanfaat kepada orang awam. Satu hari, mesti ada satu atau dua konten!
Inilah trik untuk berjaya mencipta nama di platform-platform percuma ini – “Tidak boleh cuti buat konten!”
Namun saya faham, membina konten yang berkualiti bukanlah mudah. Anda perlukan masa, idea dan kemahiran tertentu seperti mengedit gambar dan video.
Bagi memudahkan kerja-kerja pemasaran anda, kami di TA menawarkan khidmat Pengurus Media Sosial.
Anda tidak perlu lagi sakit kepala memikirkan konten yang perlu dikongsi setiap hari. Segala bahan untuk kerja-kerja pemasaran media sosial, serahkan sahaja kepada kami!
Copywriting hard sell?
Copywriting soft sell?
Konten landing page?
Konten berbentuk cerita (storytelling)?
Konten panduan dan tip?
Konten santai untuk engagement?
Semuanya boleh belaka. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan tentang servis kami, isi borang yang ada di ruangan Hubungi Kami atau klik sahaja icon WhatsApp di web kami.