Biar Kami Bantu Anda!

Anda mempunyai rakaman audio atau video yang mahu disalin ke bentuk teks?

Mahu buat sendiri, tetapi tidak ada masa?

Serahkan sahaja tugasan tersebut pada kami.

Biar Kami Bantu Anda!

Anda mempunyai rakaman audio atau video yang mahu disalin ke bentuk teks?

Mahu buat sendiri, tetapi tidak ada masa?

Serahkan sahaja tugasan tersebut pada kami.

Servis Yang Kami Tawarkan

1. Pentranskrip

Kami menyediakan khidmat transkrip audio dan video dalam bahasa Melayu.

Caj transkripsi bergantung pada panjang audio dan keperluan anda.

2. Penterjemah

Kami menyediakan khidmat penterjemahan karya atau dokumen, bagi pasangan bahasa berikut:

i) Bahasa Inggeris – bahasa Melayu

ii) Bahasa Indonesia – bahasa Melayu

3. Penyunting / Pruf

Kami turut mempunyai khidmat penyuntingan dan pruf oleh editor profesional, khususnya bagi karya dalam bahasa Melayu.

4. Pengurus Media Sosial

Kami juga mempunyai tim Pengurus Media Sosial (PMS) yang berperanan menyediakan servis menguruskan konten media sosial (Facebook, Instagram) dalam bahasa Melayu.

5. Penulisan Artikel

Kami akan menulis artikel mengikut lenggok bahasa yang diperlukan.

Anda boleh memilih untuk mendapatkan artikel tunggal atau pakej (5-20 artikel).

 

Kenapa Pilih Tim Kami?

Transkrip Asia dianggotai oleh individu berpengalaman. Ada antara kami mempunyai pengalaman lebih daripada sedekad dalam bidang penulisan.

Sehingga kini, kami sudah mentranskrip lebih daripada 60 audio dan video webinar/temu bual yang merangkumi pelbagai bidang seperti kaunseling, keibubapaan, psikologi, kesihatan dan teknologi hijau.

Artikel Terkini

Soalan Lazim

Sesiapa sahaja yang memiliki rakaman audio atau video yang mahu disalin ke bentuk teks. Contohnya, rakaman minit mesyuarat, salinan webinar, rakaman temu bual kajian, atau video untuk konten di YouTube/ Instagram.

Kadar upah kami bermula daripada RM13 per halaman, atau RM3.00 per minit audio bagi audio/video yang kualitinya baik dan jelas (kurang daripada 3 speaker). Walau bagaimanapun, pihak TA berhak untuk mengubah kadar upah yang ditawarkan, bergantung kepada kualiti, jumlah speaker dan jenis fail audio/video yang diberi. Klik ikon WhatsApp atau isi borang pada laman ini untuk mendapatkan sebut harga.

Setiap maklumat yang ditranskrip akan dirahsiakan, termasuklah maklumat klien (kecuali dalam testimoni, atas persetujuan klien). Semua ahli kami sudah menandatangani perjanjian kerahsiaan apabila bersetuju menjadi pentranskrip dan ghostwriter di TA.

Isi borang yang disediakan di bahagian Hubungi Kami. Selepas itu, pihak kami akan menghubungi anda dalam tempoh 24-48 jam. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan wakil kami melalui WhatsApp.

Buat masa ini, TA hanya menyediakan kursus Transkripsi 101, iaitu kursus asas pentranskrip secara online. Bagaimanapun, tarikh kursus yang seterusnya belum ditentukan. Disarankan untuk mengikuti laman Facebook kami.

Secara purata, TA memerlukan tempoh 3 hingga 4 jam kerja bagi mentranskrip audio 1 jam yang jelas.

Setakat ini, fokus TA adalah bidang transkripsi. Kami ada menjalankan bengkel transkripsi dari semasa ke semasa. Nantikan pengumuman di laman web kami.

Hubungi Kami

Borang Utama